BT Real Estate - шаблон joomla Форекс

Program Amal Islami 2019

in أحدث المقالات on 12/20/2018 الزيارات: 12871

 

Batu Caves, 4 Oktober 2018 - Pondok Moden Al-'Abaqirah telah mengadakan program Amal Islami peringkat sekolah
yang mana telah disertai oleh semua pelajar bermula tahun 1 (Tingkatan 4) sehingga tahun 3 (Tingkatan 6).

Program ini diadakan bagi mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam pertandingan yang diadakan antara acara yang dipertandingkan ialah
acara Azan, Khutbah, Kuliah 5 Minit (Kulim), Pantomim dan sebagainya

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Mudir Pondok Moden Al-'Abaqirah, Ustaz Muhammad Al-Zubair Bin Abd Samad.
Pemenang-pemenang berikut ialah;

Bagi acara Azan, Johan telah disandang oleh saudara Ahmad Arif Zulkarnain Bin Mohd Zaidi dari kelas 1 Al-Nadwi dengan purata markah keseluruhan 89%.
Naib johan pula disandang oleh saudara Muhammad Anas Bin Azmi dari kelas 3 AL-BUTHI dengan purata markah sebanyak 88%.
Manakala tempat ke-3 dimenangi oleh saudara Shaheer Ramadhan Bin Mazlan dari kelas 1 AL-ZUHAILI dengan kiraan mata 87%.

Bagi acara Khutbah, Johan telah dimenangi oleh saudara Urkhan Bin Ahmad Azhari dari kelas 1 Al-Sya'rawi dengan mata terkumpul sebanyak 93%.
Naib Johan pula disandang oleh saudara Ahmad Al-Atif Bin Ahmad Subki dari kelas 1 Al-Nadwi dengan mata sebanyak 92%.
Tempat Ke-3 telah dimenangi oleh saudara Muhammad Aiman Hakim Bin Abdul Halim dari kelas 2 Al-Qaradhawi dengan pungutan mata sebanyak 89%.

Seterusnya, acara Kuliah 5 Minit (Kulin), Johan telah berjaya dimenangi oleh saudara Ahmad Adib Bin Mordin dari kelas 2 Al-Qaradhawi dengan mata yang diperolehi sebanyak 96%.
Naib Johan pula dimenangi oleh saudara Muhammad Aqil Najmi Bin Safwan dari kelas 3 Al-Buthi dengan mata yang diperolehi 93%.
Tempat Ke-3 dimenangi oleh saudara Khairul Nazmi Bin Kamaruzaman dari kelas 3 Al-Ghazali dengan mata sebanyak 92%.

Bagi acara terakhir iaitu acara Pantomim yang telah dimainkan oleh wakil dari beberapa orang pelajar dari setiap kelas,
Johan bagi acara ini jatuh kepada Kelas 1 Al-Sya'rawi dengan kiraan mata sebanyak 86.6%.
Naib Johan pula telah jatuh kepada Kelas 2 Al-Qaradhawi dengan mata terkumpul 76.3%.
Tempat Ke-3 telah dimenangi oleh Kelas 3 Al-Buthi dengan mata 75.6%.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta yang telah mununjukkan minat dan semangat dalam pertandingan yang diadakan.

 

 

أحدث المعلومات

تقويم

الإثنين الثلاثاء الأربعاء الخميس الجمعة السبت الأحد
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

البيان