Alhamdulillah hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat MAIWP 2019 bertempat di SMA MAIWP. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP Ybhg. Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee.
HAFLAH AL-TAKHARRUJ KALI KE-2 PONDOK MODEN AL-‘ABAQIRAH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 2019
4 April - Seramai 29 orang graduan telah berjaya memperolehi Syahadah ‘Ulya yang merupakan sijil tertinggi Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP dalam Haflah Al-Takharruj kali kedua yang diadakan di Dewan Besar Darul Kifayah. Majlis tersebut disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Bin Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, turut dihadiri oleh SS Tuan Haji Hashim Bin Haji Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan Encik Mohd Rodzi Bin Osman, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP.