BT Real Estate - шаблон joomla Форекс

DAURAH KITAB UMMI AL-BARAHIN

in Artikel Terkini PMAA on 09/19/2018 Jumlah paparan: 26531
DAURAH KITAB UMMI AL-BARAHIN
27 & 28 oGOS 2018
ISNIN
9:00 pAGI - 1.00 TENGAH HARI.
 
BATU CAVES - Pondok Moden Al-'Abaqirah telah mengadakan program Daurah Kitab Ummi Al-Barahin yang diadakan di Surau
Al-Khair, Darul Kifayah yang melibatkan semua pelajar PMA yang terdiri daripada pelajar tahun 1(tingkatan 4),tahun 2 (tingkatan 5) dan tahun 3 (Tingkatan 6).Turut hadir bersama menyertai program ini masyarakat luar yang terdiri daripada
orang awam, dan komuniti setempat sekitar Taman Koperasi Polis Fasa 2.
 
Program ini disampaikan oleh Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni, salah seorang daripada Ahli Majlis Fatwa Thailand. Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Sepanjang. Baba ialah panggilan bagi seorang Tuan Guru di Patani. Beliau dilahirkan di Kampung Dusun Sepanjang, daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Beliau merupakan anak lelaki tunggal di antara 3 orang adik-beradik beliau.
 
Fokus utama program ini ialah pengajian mengenai kitab Ummu Al-Barahin.  Kitab Umm al-Barahin (أم البراهين) adalah sebuah kitab dalam bidang akidah yang terkenal di kalangan para ulama Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari aliran al-Asya’irah. Kitab ini adalah sebuah karya al-Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al- Hasani al-Tilimsani (832-895H).
 
Tokoh yang terkenal dengan gelaran Imam al-Sanusi ini, merupakan seorang tokoh terkenal Ahli Sunnah wa Jama’ah, yang mendokong fahaman akidah dari aliran al-Asya’irah. Beliau merupakan seorang sarjana yang disegani pada kurun ke 9 Hijrah. Beliau mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan disiplin ilmu akidah semasa hayat dan selepas kewafatannya. 
Beliau Pendekatan yang tersendiri, mudah dan ringkas dalam menyebarkan disiplin ini merupakan asas kepada penerimaan generasi berikutnya terhadap hasil karya al-Sanusi. Asas yang dibentuk oleh al-Sanusi menjadi acuan dalam perbincangan dan penulisan disiplin pengajian akidah selepasnya.
 
Kitab Umm al-Barahin yang juga dikenali dengan nama al-‘Aqidah al-Sughra dan Dhat al-Barahin adalah intipati dari kitab `Aqidah Ahl al-Tawhid, iaitu sebuah karya al-Sanusi sendiri yang juga dikenali dengan nama al-‘Aqidah al-Kubra. Penghasilan karya ini adalah kesinambungan dari usaha-usaha  penghasilan karya ilmiah dalam bidang akidah sejak kurun kedua Hijrah lagi. Ia dihasilkan bagi memenuhi tuntutan semasa masyarakat Islam yang amat memerlukan kepada satu karya akidah yang kemas dan mantap untuk digunakan bagi menghadapi  suasana semasa umat Islam yang amat mencabar, berikutan penularan pengaruh ilmu falsafah dalam perbahasan ilmu akidah, sehingga masyarakat tidak dapat membezakan di antara unsur agama iaitu akidah dengan unsur falsafah. Oleh yang demikian, sudah tentulah penulisan beliau dalam Umm al-Barahin ini  berasaskan metode al-Asya`irah yang menggunakan metode mantik atau logik dan ilmu wahyu dalam proses pendalilan bagi mengisbatkan doktrin-doktrin akidah Islam.
 
Semoga program ini dapat memberikan kesan yang positif kepada semua lapisan masyarakat secara keseluruhannya dan khususnya kepada para pelajar PMA dalam mendalami ilmu agama terutama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah supaya berada di jalan yang lurus dan tidak terpesong daripada jalan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya. 
 
 

Info Terkini

Kalendar Sekolah

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

AL-BAYAN