BT Real Estate - шаблон joomla Форекс

Liqa' Mahabbah II, Solat Hajat dan Restu Ilmu 2018

in Artikel Terkini PMAA on 12/20/2018 Jumlah paparan: 6689

4 Oktober 2018(Khamis) - Batu Caves, Pondok Moden Al-'Abaqirah telah mengadakan program Liqa' Mahabbah II, Solat Hajat dan Restu Ilmu bermula jam 3.00 Petang hingga jam 9.00 Malam bertempat di Dewan Besar dan Surau Al-Khair, Darul Kifayah.

Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa pelajar
dan menyerahkan kad laporan kemajuan prestasi para pelajar kepada ibu bapa
untuk melihat sejauh mana perkembangan anak-anak mereka dalam pelajaran.

Program ini turut diteruskan lagi dengan sesi solat hajat dan majlis restu ilmu diantara para pelajar,
ibu bapa dan juga guru supaya dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada mereka,
memaafkan kesalahan mereka dan mendoakan kejayaan mereka sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun
terutamanya pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti SPM dan juga STAM.

Objek utama program ini ialah Menyerahkan slip keputusan peperiksaan akhir semester 1 kepada ibu bapa pelajar.
Selain itu, mendengar ceramah daripada penceramah jemputan dan tausiah daripada Mufti Wilayah Persekutuan dan
mengadakan Solat sunat hajat berjemaah untuk pelajar SPM dan STAM 2018 supaya mendapat restu daripada ibu bapa dan guru-guru.

Peserta program terdiri daripada semua pelajar-pelajar PMA terutama Calon-Calon SPM seramai 60 Orang dan
calon STAM seramai 42 orang, Guru-guru dan ibu bapa seramai 215 orang.

Program bermula pada jam 2.00 Petang dengan pendaftaran ibu bapa pelajar SPM dan STAM di dewan besar Darul Kifayah untuk
mendengar tausiah dan taujihat yang akan disampaikan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Penyerahan slip keputusan peperiksaan pelajar kepada ibu bapa.

Pada jam 4.15 Petang Pelajar-pelajar dan ibu bapa berkumpul di surau Darul Kifayah dan bersiap untuk solat asar,
seterusnya mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Dato' Abu Hassan Din. Program diteruskan dengan Solat maghrib dan
solat sunat hajat berjamaah .Program tamat pada jam 9.00 malam diakhiri dengan berselawat dan
memohon restu daripada ibu bapa dan guru-guru.

Akhir kalam, semoga ibu bapa pelajar mengambil berat dan dapat menilai prestasi anak-anak dalam pelajaran agar anak-anak
dapat menjawab peperiksaan SPM dan STAM dengan jayanya. Seterusnya, dengan restu ilmu daripada ibu bapa dan guru-guru
dapat membantu pelajar-pelajar PMA dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan.

Info Terkini

Kalendar Sekolah

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

AL-BAYAN