Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP Catat Sejarah dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

in Artikel Terkini PMAA on 01/28/2019 Jumlah paparan: 2942
Batu Caves : 18 JANUARI 2019Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP sekali lagi mencatat sejarah dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila menjadi sekolah pertama di Wilayah Persekutuan yang menghasilkan 2 pelajar mendapat Mumtaz Sofi (10 Mumtaz). Keputusan STAM Pondok Moden Al 'Abaqirah menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.34 berbading 2.61 bagi tahun 2017. Seramai 11 orang pelajar mendapat Mumtaz dan 15 pelajar mendapat keputusan Jayyid Jiddan dari 46 orang pelajar.
 
Majlis Penyampaian Slip Natijah Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 Pondok Moden Al Abaqirah (PMA-MAIWP). Disampaikan oleh Ybhg. Sohibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
 
FaLang translation system by Faboba