BT Real Estate - шаблон joomla Форекс

HAFLAH AL-TAKHARRUJ KALI KE-2

in Artikel Terkini PMAA on 04/16/2019 Jumlah paparan: 1957

HAFLAH AL-TAKHARRUJ KALI KE-2 PONDOK MODEN AL-‘ABAQIRAH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 2019

4 April - Seramai 29 orang graduan telah berjaya memperolehi Syahadah ‘Ulya yang merupakan sijil tertinggi Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP dalam Haflah Al-Takharruj kali kedua yang diadakan di Dewan Besar Darul Kifayah. Majlis tersebut disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Bin Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, turut dihadiri oleh SS Tuan Haji Hashim Bin Haji Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan Encik Mohd Rodzi Bin Osman, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP.


Dalam ucapannya, Encik Mohd Nizam Bin Yahya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan dan meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian PMA yang semakin menunjukkan peningkatan terutamanya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 yang lalu. Beliau juga mengingatkan PMA agar terus mengekalkan kecemerlangan bagi melonjakkan nama di masa hadapan.
Dalam majlis tersebut juga, pelajar Muhammad Aqil Najmi Bin Safwan dipilih sebagai penerima Anugerah Sahibus Samahah berdasarkan kepada pencapaiannya yang cemerlang dalam aspek akademik, sahsiah, kepimpinan, dan sukan. Beliau yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir menerima plak penghargaan dan sijil anugerah.

Info Terkini

Kalendar Sekolah

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

AL-BAYAN