Alhamdulillah hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat MAIWP 2019 bertempat di SMA MAIWP. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP Ybhg. Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Ikrar oleh guru-guru MAIWP yang hadir, persembahan pelajar dan penyampaian anugerah.
Seramai tiga orang guru telah terpilih untuk menerima anugerah kali ini.
1. Anugerah Guru Cemerlang MAIWP 2018/2019 - Ustaz Muhammad Syauqi bin Zulkofli
2. Anugerah Peningkatan Terbaik Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Bahasa Arab - Ustazah Nur Aini binti Ariffin
3. Anugerah Peningkatan Terbaik Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) ‘Arudh Wal Qafiyah - Ustaz Muhammad Fauzul Fitri bin Zakariah
Semoga guru-guru di semua institusi pendidikan MAIWP terus cemerlang mendidik anak bangsa.
‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’
View the embedded image gallery online at:
https://www.alabaqirah-maiwp.edu.my/i/index.php/my/86-artikel-terkini/201-hari-guru-maiwp-2020?tmpl=component&print=1&page=#sigFreeIdd79b6fa42f
https://www.alabaqirah-maiwp.edu.my/i/index.php/my/86-artikel-terkini/201-hari-guru-maiwp-2020?tmpl=component&print=1&page=#sigFreeIdd79b6fa42f