BT Real Estate - шаблон joomla Форекс

Kuliah Mingguan (Kuliah Subuh) Surau Al-Khir Darul Kifayah.

in Artikel Terkini PMAA on 07/02/2019 Jumlah paparan: 680

23 Jun 2019 (Ahad) Kuliah Mingguan (Kuliah Subuh) Surau Al-Khir Darul Kifayah.

Pengajian tafsir bersama Ustaz Haikal, Naib Al-Sheikh Al-Mudir Pondok Moden Al Abaqirah (PMA-MAIWP).
Berkisar tentang ayat مٰلك يوم الدين iaitu ayat ke-4 dalam Surah al-Fatihah.

Ayat ini diterjemahkan sebagai : Yang memiliki hari pembalasan. Perkataan الدّين dalam ayat tersebut bermaksud الجزاء iaitu pembalasan.

Disebabkan terlalu dahsyatnya hari kiamat, Allah mendahulukan ayat الرحمن (Yang Maha Pengasih) dan الرحيم (Yang Maha Penyayang). Supaya terubat sedikit kerisauan dan kegusaran mereka menghadapi hari pembalasan.

Hari itu disifatkan seperti:
يوم تشخص فيه الأبصار
Hari dimana mata-mata menjadi terbeliak (disebabkan ngerinya situasi hari tersebut). يوم ترونها تذهل كل مرضعة عما أرضعت وتضع كل ذات حمل حملها وترى الناس سكـٰرى وما هم بسكـٰرى ولكن عذاب الله شديد

Ingatlah pada hari kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah segala kandungan wanita yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk padahal mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah amatlah keras.

Disifatkan juga hari ini sebagai القارعة iaitu hari yang sangat menggemparkan.

Semoga Allah ‎ﷻ memudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.

Info Terkini

Kalendar Sekolah

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

AL-BAYAN