BT Real Estate - шаблон joomla Форекс

Perutusan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

in Profail on 10/21/2015 Jumlah paparan: 14149

menara menteriAlhamdulillah, saya rafa’kan setinggi kesyukuran kepada Allah Rabbal Alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Sekali lagi saya merafa’kan setinggi kesyukuran kerana buat kali pertama dan julung kalinya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah dapat menubuhkan sebuah pondok moden yang diberi nama Pondok Moden Al-’Abaqirah. Antara maksudnya ialah mereka yang pintar, bijaksana dan mempunyai hikmah. Inilah matlamat penubuhan pondok moden ini untuk memberi nafas baru kepada institusi pondok dan juga dapat menzahirkan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi ulul albab yang rabbani, faqih dan dapat menyelasaikan sebarang kemelut masyarakat dan permasalahan ummah.

Besar harapan agar pondok moden ini dapat mengembalikan kekuatan sistem turath Islami terdahulu sehingga melahirkan pakar dalam pelbagai bidang termasuklah menangani dan menyelesaikan isu semasa dan terkini. Saya berkeyakinan penuh dengan kerjasama yang erat antara Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan MAIWP akan menatijahkan hasil pelajar yang mempunyai ilmu, sahsiah dan modal insan yang tinggi lagi unggul.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan syabas kepada yang terbabit sehingga tertubuhnya Pondok Moden Al-’Abaqirah ini.

Akhir kalam, saya berdoa kepada Ilahi agar Pondok Moden Al-’Abaqirah ini boleh menjadi mercu tanda kegemilangan pondok dan terus berjaya ke puncak menara ilmu. Amin.

Sekian, terima kasih.
YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B)

 

Perbezaan Antara Pondok Moden Al-’Abaqirah dengan Sekolah Agama dan Pondok yang lain

in Profail on 10/15/2015 Jumlah paparan: 19715

Perbezaan Antara Pondok Moden Al-'Abaqirah dengan Sekolah Agama dan Pondok yang lain.
Antara perbezaannya ialah:

  • Konsep pembelajaran Pondok Moden ini adalah berteraskan kitab-kitab turath dan disokong dengan pembelajaran akademik. Manakala konsep pembelajaran di sekolah agama dan pondok adalah berteraskan pembelajaran silibus azhari atau akademik sahaja.
  • Matlamat penubuhan pondok moden adalah bagi melahirkan golongan pelapis ulama’ dan mufti yang boleh mentafsir serta mengupas isu-isu serta masalah semasa berdasarkan kaedah dan hukum yang digariskan oleh para ilmuan Islam dan para fuqaha’ di samping mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang serta mempunyai ijazah dan PhD.
  • Guru-guru yang mengajar adalah dari kulit kitab kepada kulit kitab yakni dengan menghabisi dan mengkhatamkan sebuah kitab.
  • Sistem pembelajaran yang dijadualkan seawal jam 5.00 pagi sehingga 10.00 malam

Info Terkini

Kalendar Sekolah

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

AL-BAYAN