BT Real Estate - шаблон joomla Форекс

MAJLIS SAMBUTAN & PENUTUPAN PELAJAR BARU PONDOK MODEN AL-‘ABAQIRAH MAIWP 2015

in Profail on 10/22/2015 Jumlah paparan: 12343

Pada 16 Ogos 2015 (Ahad) yang lalu telah berlangsung Majlis Sambutan Pelajar Baru Pondok Moden Al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis yang serba ringkas tetapi meriah itu telah diadakan di Bangunan Darul Hidayah MAIWP, Kampung Baru Kuala Lumpur.

Seramai 44 orang pelajar baru yang merupakan perintis kepada penubuhan Pondok Moden Al-‘Abaqirah ini telah berdaftar dengan jayanya. YBhg. SS Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan telah merasmikan majlis ini yang mana beliau sendiri adalah pencetus idea dalam penubuhan pondok ini. Turut hadir pada hari tersebut ialah YBhg. Tuan Hj. Mohammad Rushdan bin Ab. Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP. 

Ibu bapa dan pelajar telah diberi taklimat berkenaan objektif penubuhan pondok ini yang telah disampaikan sendiri ole YBhg. SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan. Selain itu, beliau telah memperkenalkan barisan tenaga pengajar atau guru yang terlibat secara langsung terdiri daripada 3 orang sheikh yang diterbangkan khas dari negara timur tengah dan 3 orang guru dari dalam negara.

Manakala pada 18 Ogos 2015 (Selasa), Majlis penutupan orientasi pelajar pondok telah diadakan setelah 3 hari berturut-turut pelajar baru menjalani sesi orientasi yang dikendalikan oleh barisan kakitangan Darul Kifayah bersama bekas pelajar Darul Kifayah (AlumniDK).

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Zakuan bin Sawai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama di  majlis itu ialah YBhg. SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dan Dato’ Hj. Mohamad bin S. Ahmad, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

Seramai 44 orang pelajar baru pondok berkenaan melafazkan ikrar dengan penuh bersemangat sebagai tanda bermulanya rasminya menjadi perintis pelajar baru Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP.

PONDOK2PONDOK3aPONDOK4a

Pelancaran Pondok Moden Al-'Abaqirah

in Profail on 10/22/2015 Jumlah paparan: 15946

1 Jul 2015– Pelancaran Pondok Moden Al-‘Abaqirah di Putrajaya baru-baru ini merupakan pondok moden pertama di Wilayah Persekutuan di bawah kelolaan MAIWP.

Penubuhan Pondok moden ini merupakan wadah bagi MAIWP melahirkan pelapis ulama yang pakar dalam ilmu ukhrawi dan duniawi. Pelajar akan menjalani proses pembelajaran selama empat tahun berteraskan kitab Thurah yang digabungkan dengan syariah, usuluddin dan dakwah serta akademik.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi MAIWP telah merasmikan pondok moden tersebut. 

“Menjadi harapan MAIWP agar pondok moden ini akan dapat mengembalikan kekuatan sistem Thurah Islami dan melahirkan pakar dalam pelbagai bidang yang mahir dalam agama dan mampu melihat permasalahan dalam konteks semasa,’ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM; dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

 

 

Info Terkini

Kalendar Sekolah

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

AL-BAYAN