Hari Graduasi Pondok Moden Al-‘Abaqirah

Hari Graduasi Pondok Moden Al-‘Abaqirah:
Beri Pengalaman Berharga kepada Pelajar yang Diraikan
Oleh: Norazila binti Shariff
BATU CAVES – Seramai 8 orang pelajar Tahun Empat Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) diraikan dalam Majlis Graduasi (Haflah al-Takharruj) yang diadakan di Dewan Besar Darul Kifayah, 6 Jun lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan merangkap Lajnah Al-Irsyad Pondok Moden Al-‘Abaqirah. Turut hadir ialah Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan timbalannya, Encik Mohamad Nizam bin Yahya.